Lazim
Penggajian Pekerja Asing
Ya. Pemberhentian yang perlu dilaporkan hanyalah pemberhentian yang disebabkan oleh penamatan kontrak perkhidmatan akibat penutupan syarikat dan berlebihan pekerja. Keadaan berlebihan pekerja yang boleh timbul adalah berikutan daripada beberapa sebab seperti penyusunan semula syarikat, pengurangan pengeluaran, penggabungan syarikat, perubahan teknologi, pengambilalihan syarikat dan lain-lain. Ini tidak termasuk penamatan kontrak perkhidmatan akibat tindakan disiplin dan pemecatan terhadap pekerja.
Ya. Pemberitahuan Pemberhentian Kerja 2004 (Borang PK) telah diwartakan sebagai P.U (B) 430/2004 pada 11 November 2004 dan kepada mana-mana majikan yang gagal mematuhi perkara ini adalah melakukan satu kesalahan mengikut seksyen 63 Akta Kerja 1955, dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak lebih dari RM10,000 untuk setiap kesalahan.
Ya. Mahkamah telah memutuskan pekerja bergaji bulanan yang tidak disediakan kerja di dalam tempoh shut down, berkelayakan mendapat upah penuh. Majikan perlu membayar gaji berdasarkan kontrak perkhidmatan bagi pekerja yang dibayar gaji secara bulanan.
Pekerja yang boleh direntikerja sentara atau lay-off adalah pekerja yang dibayar gaji mengikut jam, harian, task-work atau piece rate.
Menurut Peraturan 5 (1) Peraturan-peraturan Kerja (Faedah-faedah Penamatan dan Rentikerja Sentara) 1980, hari rehat, cuti am, cuti sakit, cuti bersalin, cuti tahunan, cuti yang dibenarkan dibawah undang-undang bertulis dan apa-apa cuti yang dipohon dan diluluskan oleh majikan, tidak boleh dianggap sebagai rentikerja sentara atau lay-off.