Pemberhentian Pekerja
Seksyen 63 Akta Kerja 1955 dan Pemberitahuan Pemberhentian Pekerja 2004 menetapkan mana-mana majikan hendaklah melaporkan mana-mana tindakan berikut kepada JTKSM:
- Pemberhentian Tetap (Retrenchment);
- Skim Pemisahan Kerja (Separation Scheme);
- Pemberhentian Kerja Sementara (Lay-Off); atau
- Pengurangan Gaji Pekerja (Pay-Cut).
TATACARA PEMAKLUMAN PEMBERHENTIAN PEKERJA
- Pemberitahuan Pemberhentian Kerja 2004 (Borang PK) ini hendaklah dihantar kepada Jabatan Tenaga Kerja yang berdekatan seperti aturan berikut:
- Bahagian I hingga IV – dihantar sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari sebelum tindakan dilaksanakan.
- Bahagian V – dihantar dalam tempoh empat belas (14) hari selepas tindakan dilaksanakan.
- Bahagian VI dan Lampiran – dihantar dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas tindakan dilaksanakan.
- Bahagian V dan VI hanya perlu dihantar sekiranya melibatkan tindakan a dan b di perenggan i.
- Pemberitahuan Pemberhentian Kerja 2004 melalui Borang PK boleh dikemukakan ke mana – mana Pejabat Tenaga Kerja cawangan yang berdekatan dengan tempat pekerjaan.