Dasar Kualiti
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia adalah komited untuk mengendalikan sebarang aduan buruh demi mewujudkan suasana kerja yang harmoni bagi menjamin kepuasan pelanggan dan ditingkatkan secara berterusan.
Falsafah
Falsafah perkhidmatan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia menjelaskan peranan jabatan sebagai orang tengah di antara pekerja dan majikan bagi mengekalkan keharmonian di tempat kerja. Melalui falsafah ini, jabatan berkeyakinan tanggungjawab pekerja dan majikan akan terlaksana sementara hak pekerja dan majikan terpelihara.
Moto
Untuk memastikan perkhidmatan jabatan sentiasa cemerlang, pegawai dan kakitangan sentiasa diminta menggunakan minda yang kreatif semasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka.