Agensi Pekerjaan Swasta
Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 [Akta 246] adalah akta yang bertujuan untuk mengawal aktiviti agensi pekerjaan swasta (APS) di Malaysia. Akta ini mengkehendaki mana-mana orang yang menjalankan aktiviti APS adalah wajib berlesen sebagai APS yang sah dan perjalanan aktiviti-aktiviti tersebut mereka perlu mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.
TIGA JENIS KATEGORI LESEN APS
LESEN A
Penempatan pekerjaan bagi pencari kerja di dalam negara
LESEN B
Penempatan pekerjaan bagi pencari kerja di dalam dan di luar negara, dan pekhidmat domestik asing di dalam negara
LESEN C
Penempatan pekerjaan bagi pencari kerja di dalam dan di luar negara, dan bukan pekerja bukan warganegara di dalam negara
KADAR MODAL BERBAYAR DAN WANG JAMINAN BAGI SETIAP KATEGORI LESEN
KATEGORI LESEN | MODAL BERBAYAR | WANG JAMINAN |
---|---|---|
Lesen A | RM50,000 | RM5,000 |
Lesen B | RM100,000 | RM100,000 |
Lesen C | RM250,000 | RM250,000 |