Penggajian Pekerja Asing
Penggajian pekerja asing merupakan salah satu aktiviti di bawah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) yang telah dilaksanakan sejak tahun 2006 apabila Mesyuarat JKK-PA Kali Ke-34 pada 16 Mac 2006 memutuskan pra syarat kepada majikan untuk mendapatkan dokumen sokongan JTKSM yang dahulunya dikenali sebagai dokumen Job Clearing System (JCS) bagi tujuan penggajian pekerja asing.
Pindaan Akta Kerja 1955 yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2023 telah memperkemaskan lagi pengurusan penggajian pekerja asing yang mana telah memperuntukkan kuasa Ketua Pengarah dalam memberikan kelulusan awal terhadap majikan yang ingin menggajikan pekerja asing.
Mana-mana majikan yang ingin menggajikan pekerja asing boleh membuat permohonan di pautan yang diberikan di bawah mengikut kategori permohonan pekerja asing seperti senarai berikut:
- Permohonan penggajian pekerja asing di bawah sektor yang dibenarkan iaitu sektor perkilangan, sektor perkhidmatan, sektor perladangan, sektor pertanian, sektor pembinaan dan sektor perlombongan & pengkuarian hendaklah dibuat melalui www.fwcms.com.my
- Permohonan Pertukaran Majikan dan Pegawai Dagang hendaklah dibuat melalui www.eppax.gov.my
- Permohonan penggajian Pengawal Keselamatan Asing, Nelayan Asing, Kru Kapal, Pas Ikhtisas, Pas Pelajar, Pemegang Pas Residen dan Peserta Program Malaysia My Second Home (MM2H) dan Peserta Program Visa Premium (PVIP) Malaysia hendaklah dibuat melalui (https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeTZkOkIqSw0k0iDCIb8M-BJgiKPpPMsb1OD_Mhl4XHPMU1Mg/viewform?usp=share_link) berikut.
- Permohonan penggajian Pekerja Domestik Asing warganegara Indonesia hendaklah dibuat One Channel System di maid-online.imi.gov.my dan melalui (https://docs.google.com/forms/d/1y5mOfBZIMJrHiSdsZVdriH6FOeKqH3BhiQBpJk6OEto/edit) ini. Permohonan penggajian Pekerja Domestik Asing bagi warganegara selain Indonesia perlu dibuat melalui (https://docs.google.com/forms/d/1y5mOfBZIMJrHiSdsZVdriH6FOeKqH3BhiQBpJk6OEto/edit) ini.
- Permohonan penggajian tukang masak tomyam hendaklah dibuat melalui (https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSekF3QwvmeGij1uTiIwYxvimvN1Tcp4ClIvlTFIpYlj9DZmyw/viewform?vc=0&c=0&w=1&flr=0&usp=mail_form_link) dan Pas Tradisi (pekerja warganegara Thailand di negeri-negeri bersempadan) hendaklah dibuat melalui (https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe7l9nb4BIK2urqGGCNDGWl7Tuqo6n_kDQ6JcHqueARSI0Qcw/viewform?vc=0&c=0&w=1&flr=0&usp=mail_form_link) berikut.
- Permohonan penggajian pekerja asing dari rumah perlindungan hendaklah dibuat melalui Pejabat Strategik Nasional [NSO], Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran [MAPO].
- Rujuk Proses Kerja dan Notis Pemakluman untuk maklumat lanjut. ffggigigigu