Piagam Pelanggan

jata
JABATAN TENAGA KERJA SEMENANJUNG MALAYSIA
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Piagam Pelanggan

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia komited dalam memberikan perkhidmatan perburuhan secara profesional dan berintegriti serta menfokuskan kepada kriteria berikut:

  • Menyiasat dan memaklumkan hasil siasatan setiap aduan berkaitan isu perburuhan dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh pengaduan. 
  • Menyelesaikan pengaduan kes buruh melalui mekanisme Mahkamah Buruh dalam tempoh 90 hari dari tarikh pemfailan.
  • Mengeluarkan keputusan permohonan lesen di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap.
  • Memproses permohonan lesen hiburan awam di bawah Akta Kanak - Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima. 
  • Menyelesaikan permohonan penggajian pekerja asing dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan diterima.
  • Memberi khidmat nasihat serta menjawab pertanyaan pelanggan dengan cepat, tepat dan mesra.
  • Memproses Permohonan Perakuan Penginapan di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.