Soalan Lazim Instrumen Pembayaran Gaji

Instrumen Pembayaran Gaji

1. Bolehkah majikan membayar gaji pekerja melalui pengeluar instrumen pembayaran?

Majikan boleh membayar gaji pekerja melalui mana-mana pengeluar instrumen pembayaran yang diiktiraf oleh Menteri Sumber Manusia
bagi maksud pembayaran gaji pekerja di bawah seksyen 25 Akta Kerja 1955 [Akta 265] tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan
kepada pengeluar instrumen berkenaan berkuatkuasa 1 Ogos 2024.

2. Adakah kebenaran pembayaran gaji pekerja melalui pengeluar instrumen pembayaran yang diiktiraf oleh Menteri Sumber Manusia terpakai kepada semua pekerja?

Tidak, pembayaran gaji pekerja melalui pengeluar instrumen pembayaran yang telah diiktiraf oleh Menteri Sumber Manusia hanya dibenarkan untuk pekerja asing (termasuk pekerja domestik dan pegawai dagang). Perkara ini merupakan salah satu daripada syaratsyarat yang ditetapkan kepada pengeluar instrumen pembayaran yang terlibat.