Permohonan Penggajian Pekerja Asing

Mana-mana majikan yang ingin menggajikan pekerja asing boleh membuat permohonan di pautan yang diberikan di bawah mengikut kategori permohonan pekerja asing seperti senarai berikut:

  1. Permohonan penggajian pekerja asing di bawah sektor yang dibenarkan iaitu sektor perkilangan, sektor perkhidmatan, sektor perladangan, sektor pertanian, sektor pembinaan dan sektor perlombongan & pengkuarian hendaklah dibuat melalui fwcms.com.my
     
  2. Permohonan Pertukaran Majikan hendaklah dibuat melalui emel ptm@mohr.gov.my. Senarai semak permohonan dan borang permohonan adalah seperti di Senarai Semak / Borang 
     
  3. Permohonan penggajian Pegawai dagang, Pengawal Keselamatan Asing, Nelayan Asing, Kru Kapal, Pas Ikhtisas, Pas Pelajar, Pemegang Pas Residen dan Peserta Program Malaysia My Second Home (MM2H) dan Peserta Program Visa Premium (PVIP) Malaysia hendaklah dibuat melalui BORANG PERMOHONAN KELULUSAN PENGGAJIAN PEKERJA ASING (SEKSYEN 60K) DAN PENDAFTARAN TEMPAT PEKERJAAN (SEKSYEN 63A) AKTA KERJA 1955 BAGI LAIN-LAIN KATEGORI PEKERJA ASING/PAS 
     
  4. Permohonan penggajian Pekerja Domestik Asing warganegara hendaklah dibuat di BORANG PERMOHONAN KELULUSAN PENGGAJIAN PEKERJA ASING (SEKSYEN 60K) DAN PENDAFTARAN TEMPAT PEKERJAAN (SEKSYEN 63A) AKTA KERJA 1955 BAGI PEKERJA DOMESTIK ASING (PEMBANTU RUMAH ASING) Senarai semak dan panduan permohonan bagi Pekerja Domestik Asing Indonesia adalah seperti di Senarai Semak / Borang 
     
  5. Permohonan penggajian tukang masak tomyam boleh dibuat melalui BORANG PERMOHONAN KELULUSAN PENGGAJIAN PEKERJA ASING (SEKSYEN 60K) DAN PENDAFTARAN TEMPAT PEKERJAAN (SEKSYEN 63A) AKTA KERJA 1955 BAGI TUKANG MASAK TOMYAM 
     
  6. Pas Tradisi (pekerja wargenegara Thailand di negeri-negeri bersempadan) hendaklah dibuat melalui BORANG PERMOHONAN KELULUSAN PENGGAJIAN PEKERJA ASING (SEKSYEN 60K) DAN PENDAFTARAN TEMPAT PEKERJAAN (SEKSYEN 63A) AKTA KERJA 1955 BAGI PLKS WARGANEGARA THAILAND DI NEGERI BERSEMPADAN
     
  7. Permohonan penggajian pekerja asing dari rumah perlindungan hendaklah dibuat melalui Pejabat Strategik Nasional [NSO], Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran [MAPO]
     
  8. Rujuk Proses Kerja untuk maklumat lanjut.