Pindaan Akta Kerja 1955 yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2023 MEWAJIBKAN majikan mendapatkan kelulusan awal (prior approval) daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia sebelum ingin menggajikan pekerja asing sepertimana peruntukan Seksyen 60K Akta 265. Pekerja asing yang terlibat termasuklah pekhidmat domestik asing (PDA).
Terdapat dua jenis permohonan bagi PDA iaitu;
- Permohonan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI); dan
- Permohonan Pembantu Rumah Asing (PRA)(merujuk kepada PRA warganegara daripada Filipina, Cambodia, Thailand, Vietnam, Sri Lanka, India, Nepal dan Lao PDR)
Permohonan baharu PDI perlu dibuat di laman sesawang Sistem Maid Online (SMO) https://maid-online.imi.gov.my/ atau secara manual (masih manual sehingga pengumuman lanjut) di Ibu Pejabat JTKSM. Permohonan hendaklah melalui Agensi Pekerjaan Swasta (APS) berlesen B dan C yang berdaftar dengan JTKSM.
Surat Perakuan yang dikeluarkan oleh JTKSM akan digantikan dengan Kelulusan Penggajian Pekerja Asing
Dokumen rujukan bagi proses permohonan penggajian PDI;
Bil | Dokumen Rujukan | |
---|---|---|
i. | Proses Kerja | Muat Turun |
ii. | Panduan Permohonan Penggajian PDI | Muat Turun |
iii. | Lampiran 1C – Akuan Penerimaan Permohonan Penggajian PDI | Muat Turun |
iv. | Lampiran 1B – Senarai Semak Dokumen | Muat Turun |
v. | Surat Wakil Majikan | Muat Turun |
vi. | Borang Permohonan Penggajian PDI | Muat Turun |
vii. | Lampiran 1A – Senarai Orang Tanggungan | Muat Turun |
viii. | Aku Janji | Muat Turun |
ix. | Lampiran 1D – Maklumat Asas PDI ("kemukakan selepas PDI mula bekerja") | Muat Turun |
x. | Lampiran 1D - Surat Persetujuan Pelepasan / Penerimaan Bagi Permohonan Penggajian Pekerja Domestik Indonesia (PDI) | Muat Turun |
PERMOHONAN PEMBANTU RUMAH ASING (PRA)
Permohonan baharu PRA perlu dibuat di laman sesawang https://maid-online.imi.gov.my/
Permohonan boleh dibuat oleh majikan sendiri atau menggunakan perkhidmatan Agensi Pekerjaan Swasta (APS) berlesen B dan C yang berdaftar dengan JTKSM. Majikan/ APS wajib mendapatkan Kelulusan Penggajian Pekerja Asing terlebih dahulu sebelum membuat permohonan di Sistem Maid Online (SMO)
Bagi semua permohonan PDI/PRA, APS/majikan WAJIB mengisi maklumat di link google form berikut;
Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan Bahagian Pekerja Asing JTKSM di talian 03-88862403 / 03-88865771 atau emel di maid.ocs@mohr.gov.my