Permit Perburuhan
Undang-undang perburuhan yang dikuatkuasakan jabatan membenarkan majikan memohon pengecualian pemakaian sesetengah peruntukan dengan syarat pengecualian itu tidak menjejaskan kebajikan pekerja. Objektif pengeluaran permit perburuhan ini adalah untuk membantu industri mengoptimumkan penggunaan sumber manusia dan automasi bagi meningkatkan produktiviti tanpa mengabaikan kepentingan pekerja.