Pendaftaran Tempat Pekerjaan
Semua majikan diwajibkan untuk melapor dan mengemukakan maklumat berkaitan tempat pekerjaan sebagaimana peruntukan di bawah Seksyen 63A Akta Kerja 1955 ke Pejabat Tenaga Kerja yang berdekatan dalam tempoh 90 hari daripada tarikh:
- permulaan operasi / perniagaan;
- pengambil alihan perniagaan;
- pertukaran nama atau lokasi perniagaan.