Kes Buruh
Kes buruh yang difailkan di Pejabat Tenaga Kerja dikendalikan di Mahkamah Buruh bagi menyelesaikan tuntutan kewangan oleh pekerja dan majikan, sebagaimana peruntukan di bawah seksyen 69 Akta Kerja 1955 [Akta 265].
Selain itu, pekerja juga boleh memfailkan tuntutan di bawah Seksyen 69F Akta 265 berkaitan diskriminasi dalam pekerjaan.
PIHAK YANG BOLEH MEMBUAT TUNTUTAN
PEKERJA *
*Berdasarkan Jadual Pertama Akta 265
Jenis Tuntutan
- Gaji
- Apa-apa bayaran lain yang pekerja layak di bawah kontrak perkhidmatannya atau di bawah mana-mana perundangan
MAJIKAN
Jenis Tuntutan
PEKERJA YANG MENERIMA UPAH MELEBIHI RM4,000 (KECUALI PEKERJA MANUAL) TIDAK LAYAK MENUNTUT:
- Bayaran kerja lebih masa;
- Bayaran kerja pada hari rehat;
- Bayaran kerja pada cuti am;
- Elaun kerja syif; dan
- Faedah penamatan kerja.